“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya”
(surah A’la ayat:14)
1. Kebersihan I’tiqad atau aqidah.
Mesti sentiasa memastikan aqidah bersih dari syirik atau kekufuran sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Contoh : “ Ijazah inilah yang akan mengubah nasibmu “.
2. Bersih dari sifat Mazmumah (sifat jahat dalam hati).
Mazmuzah ada 2 jenis iaitu mazmumah atau sifat tercela terhadap Allah (tidak mahu mengikut hukum Allah, melakukan maksiat secara sembunyi dan sebagainya) dan mazmumah terhadap sesama manusia (hasad dengki, riak, ujub).
3. Bersih dari hawa Nafsu yang jahat.
Firman Allah s.w.t : “ sejahat-jahat manusia adalah yang menuruti kehendak hawa nafsunya”. Mesti sentiasa berusaha untuk melawan nafsu (mujahadah).
4. Perkara yang lahiriah.
Kebersihan makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, rumah dan sebagainya mesti bebas dari unsur-unsur perkara yang haram. Pastikan semuanya adalah daripada sumber yang benar dan halal. Jauhi perkara yang syubhah.
5. Kebersihan pergaulan.
Sentiasa menjaga batas pergaulan sesama manusia terutama di antara lelaki dan perempuan. Jangan sesekali menggunakan alasan ‘classmate’, rakan sejawatan, adik angkat, abang angkat dan sebagainya.
6. Bersih di sudut ibadah.
Sentiasa membersihkan niat dalam melaksanakan ibadah. Jangan melakukan sesuatu kerana manusia atau masa depan.
Contoh : Sebab apa masuk universiti? Sebab nak kehidupan yang senang pada masa akan datang.
7. Kebersihan akal dari ideologi.
Jangan sesekali membelakangi Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.
8. Bersih dari adat.
Sekadar belajar adat tidak mengapa, tapi JANGAN MENJADIKAN ADAT SEBAGAI PEGANGAN. Hal ini disebabkan Islam itu telah syumul / lengkap / sempurna. Jangan keliru antara adat dan syariat.
Contoh : dalam walimah perkahwinan, ramai yang menganggap pemberian barang hantaran dan persandingan adalah syariat. Semua tanggapan ini salah kerana Islam tidak pernah menyatakannya.